Wednesday, August 12, 2015

Peranan Guru dalam Merealisasikan Cabaran Semasa -- Gejala Sosial

     Pengenalan

     Malaysia adalah sebuah negara yang memberi banyak penekanan kepada aspek pendidikan melalui pembentukan beberapa dasar seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010 dan Pelan Pembangunan Pendidkan Malaysia 2013-2025.  Namun begitu dalam melaksanakan dasar-dasar ini , kerajaan, sekolah dan guru telah menghadapi beberapa cabaran.  Cabaran-cabaran ini adalah disebabkan oleh kerana Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum.

     Guru sebagai pelaksana utama dalam bidang pendidikan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam aspek Integrasi Nasional, pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian 
budaya, pengaruh TMK dan gejala sosial.


Gejala sosial






     Gejala sosial adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai tingkah laku negatif di dalam anggota masyarakat yang tidak memberikan faedah kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat, komuniti ataupun negara.

     Gejala sosial di Malaysia semakin meruncing.  Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu.  Jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak juga turut terlibat dalam masalah.

     Masalah yang sering berlaku di kalangan remaja antaranya:
(i)  Ponteng sekolah
(ii) Merokok dan menagih dadah
(iii)Seks bebas dan mengadakan hubungan luar nikah
(iv)Samseng
(v) Memeras ugut dan rasuah
(vi)Mencuri
(vii)Lumba haram

      Dalam mengajar arus modenisasi, pelajar terdedah kepada pelbagai cabaran. Contohnya, kemunculan telefon bimbit berteknologi tinggi menimbulkan masalah kepada pencerobohan hak peribadi individu.  Gambar dan aksi yang tidak senonoh mudah diperoleh daripada laman web seperti You Tube dan Face Book yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja terutama golongan remaja .

.     Kadar penglibatan remaja dalam masalah sosial yang semakin serius ini semuanya berpunca dari beberapa faktor dalaman dan luaran, antaranya ialah:



     Sejauh manakah para guru bersedia menghadapi cabaran gejala sosial di kalangan anak murid mereka? Para guru berperanan mengawal pelajar mereka daripada melakukan gejala sosial. secara dekat para guru perlu mendampingi setiap pelajar dan memahami permasalahan mereka. Para guru harus peka dan bersikap terbuka serta sentiasa memberikan dorongan kepada pelajar mereka dan ini akan membuka ruang bagi pelajar untuk membincangkan dan berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka.

     Oleh hal yang demikian, guru memainkan peranan yang amat penting untuk memupuk nilai-nilai murni sejak awal persekolahan lagi supaya asas sistem nilai kukuh dan tidak mudah runtuh. Nilai-nilai tradisi masyarakat seperti gotong-royong, ziarah-menziarahi dan bantu-membantu perlu digalakkan dalam masyarakat moden ini.  Guru bertanggungjawab untuk mengukuhkan nilai-nilai murni bagi membentuk modal insan yang seimbang dan menyeluruh.

     Peranan guru sebagai pembimbing boleh membantu pelajar yang mengalami masalah sosial.  selain itu, kaunseling pada peringkat sekolah adalah penting untuk membantu pelajar mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka.  Program ini akan lebih bermakna sekiranya sekolah mempunyai kaunselor-kaunselor yang berkelayakan.

     Di dalam bilik darjah pula, guru perlulah menggunakan pelbagai strategi untuk menarik perhatian pelajar agar mereka berasa seronok ke sekolah dan tidak ponteng sekolah.  Penerapanan nilai -nilai melalui pelbagai program sekolah seperti kem motivasi, pembinaan berpasukan dan aktiviti sukan perlu diperbanyakan untuk membentuk personaliti dan akhlak yang baik.

     Semua usaha yang disebutkan di atas bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan tetapi memerlukan kasih sayang dan kesabaran yang amat tinggi daripada insan yang digelar guru. Masalah sosial haruslah dipandang serius oleh semua pihak kerana para remaja merupakan aset yang penting untuk pembangunan negara pada masa yang akan datang.  Justeru, semua pihak mestilah memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk menangani masalah sosial dan menerajui negara kita ke arah Wawasan 2020.
   




22 comments:

  1. Blog ini amat baik menjelaskan tentang bagaimana peranan guru dalam merealisasikan cabaran semasa. Saya amat setuju dengan blog yang dihasilkan oleh Cikgu Chee.

    ReplyDelete
  2. Selain itu, guru perlu sentiasa peka terhadap perkembangan semasa dan berupaya untuk menyesuaikan diri supaya sentiasa mempunyai pengetahuan yang menyeluruh untuk mengatasi segala cabaran yang dihadapi. .

    ReplyDelete
  3. Blog ini berjaya menyampaikan tentang tentang bagaimana peranan guru dalam merealisasikan cabaran semasa.Dan jelas menerangkan guru sebagai pelaksana utama dalam bidang pendidikan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam aspek Integrasi Nasional, pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian
    budaya, pengaruh TMK dan gejala sosial..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Blog ini berjaya menerangkan cara guru menangani gejala sosial pada masa kini. Guru perlu mendekati setiap murid dan memahami permasalahan mereka. Guru harus sentiasa memberikan dorongan kepada murid dan berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka.

    ReplyDelete
  6. Tahniah cikgu atas usaha cikgu mewujudkan blog ini. Diharapkan usaha ini dapat menjadi wadah bagi meningkatkan mutu profesionalisme keguruan negara Kita..

    ReplyDelete
  7. Guru sebagai "Role Model" terbaik di sekolah seharusnya mempunyai peribadi yang baik seperti penyayang, jujur, ikhlas, empati dan sabar dalam menghadapi kerenah setiap pelajarnya. Segelintir pelajar yang bermasalah perlu diberi perhatian serius dan menyelesaikannya dengan cara yang bijak tanpa melukakan hati mana-mana pihak. Guru perlu menyelami setiap permasalahan yang dihadapi oleh pelajarnya agar murid menganggap guru prihatin dan mengambil berat masalah yang dihadapi. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, seseorang guru perlu bijak menangani setiap permasalahan agar murid merasa diri mereka dihargai.

    ReplyDelete
  8. Tahniah Cikgu Chee. Ilmu yang dikongsi dapat membantu para guru ke arah kcemerlangan profesion keguruan

    ReplyDelete
  9. Tahniah Cikgu Chee. Ilmu yang dikongsi dapat membantu para guru ke arah kcemerlangan profesion keguruan

    ReplyDelete
  10. Tahniah Cikgu Chee. Ilmu yang dikongsi dapat membantu para guru ke arah kcemerlangan profesion keguruan

    ReplyDelete
  11. Saya sangat setuju pandangan cikgu chee tentang cabaran semasa guru. Guru mengambil peranan yang penting dalam menangani gejala sosial. Selain guru, semua pihak harus bersama-sama untuk menangani masalah sosial ini demi menerajui negara kita ke arah Wawasan 2020.

    ReplyDelete
  12. Saya sangat setuju pandangan cikgu chee tentang cabaran semasa guru. Guru mengambil peranan yang penting dalam menangani gejala sosial. Selain guru, semua pihak harus bersama-sama untuk menangani masalah sosial ini demi menerajui negara kita ke arah Wawasan 2020.

    ReplyDelete
  13. Maklumat yang amat padat dan membantu. Guru sememangnya memikul obligasi penting untuk mencorak generasi muda kita dari segi sahsiah dan bukannya hanya menyampaikan ilmu dalam buku teks sahaja. Terima kasih atas perkongsian maklumat.

    ReplyDelete
  14. Guru peranan penting bagi menangani masalah gejala sosial kini. Saya amat setuju pandangan cikgu Chee.

    ReplyDelete
  15. Blog ini jelas menunjukkan peranan guru dalam menyelesaikan masalah gejala sosial di kalangan murid. Guru boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan cara penyelesaiaan yang berbeza mengikut setiap punca masalah yang berbeza.

    ReplyDelete
  16. Gejala sosial merupakan salah satu masalah sosial yang sangat serius dalam kalangan remaja. Semua pihak haruslah bekerjasama agar dapat menangani masalah ini yang akan menjejaskan negara kita.
    Isi yang sangat lengkap, bagus!

    ReplyDelete
  17. Gejala sosial merupakan salah satu masalah sosial yang sangat serius dalam kalangan remaja. Semua pihak haruslah bekerjasama agar dapat menangani masalah ini yang akan menjejaskan negara kita.
    Isi yang sangat lengkap, bagus!

    ReplyDelete
  18. Gejala sosial merupakan salah satu masalah sosial yang sangat serius dalam kalangan remaja. Semua pihak haruslah bekerjasama agar dapat menangani masalah ini yang akan menjejaskan negara kita.
    Isi yang sangat lengkap, bagus!

    ReplyDelete
  19. Maklumat yang amat padat dan banyak memberikan informasi kepada pembaca. Syabas!
    Gejala sosial harus ditangani dengan segera. Semua pihak haruslah menggembleng tenaga dalam menangani masalah gejala sosial. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

    ReplyDelete
  20. Untuk murid yang mempunyai masalah disiplin atau sering menimbulkan gangguan di dalam kelas, kedudukan mereka hendaklah diatur supaya tidak berada dalam satu kelompok yang sama, sebaliknya dicampur bersama murid lain.

    ReplyDelete
  21. Murid pada masa kini terdedah dengan pelbagai gejala sosial. Oleh itu, guru perlu mengatasi masalah dengan cepat supaya tidak diteruskan sehingga mereka menjadi dewasa.

    ReplyDelete
  22. Inilah situsasi guru guru pada masa kini yang tidak memainkan peranan mereka. Harap dapat insaf dan kementerian pendidikan membuat sesuatu tentang melahirkan guru yang berkualiti dan berprestasi bukan shj dalam ajaran dan pembelajaran tetapi dalam aspek mendorong,membantu,mendidk para pelajar dgn pengukuhan nilai2 murni dan membantu dalam masalah sosial yang dihadapi.

    ReplyDelete