Wednesday, August 12, 2015

Peranan Guru dalam Merealisasikan Cabaran Semasa -- Gejala Sosial

     Pengenalan

     Malaysia adalah sebuah negara yang memberi banyak penekanan kepada aspek pendidikan melalui pembentukan beberapa dasar seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010 dan Pelan Pembangunan Pendidkan Malaysia 2013-2025.  Namun begitu dalam melaksanakan dasar-dasar ini , kerajaan, sekolah dan guru telah menghadapi beberapa cabaran.  Cabaran-cabaran ini adalah disebabkan oleh kerana Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum.

     Guru sebagai pelaksana utama dalam bidang pendidikan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam aspek Integrasi Nasional, pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian 
budaya, pengaruh TMK dan gejala sosial.


Gejala sosial






     Gejala sosial adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai tingkah laku negatif di dalam anggota masyarakat yang tidak memberikan faedah kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat, komuniti ataupun negara.

     Gejala sosial di Malaysia semakin meruncing.  Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu.  Jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak juga turut terlibat dalam masalah.

     Masalah yang sering berlaku di kalangan remaja antaranya:
(i)  Ponteng sekolah
(ii) Merokok dan menagih dadah
(iii)Seks bebas dan mengadakan hubungan luar nikah
(iv)Samseng
(v) Memeras ugut dan rasuah
(vi)Mencuri
(vii)Lumba haram

      Dalam mengajar arus modenisasi, pelajar terdedah kepada pelbagai cabaran. Contohnya, kemunculan telefon bimbit berteknologi tinggi menimbulkan masalah kepada pencerobohan hak peribadi individu.  Gambar dan aksi yang tidak senonoh mudah diperoleh daripada laman web seperti You Tube dan Face Book yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja terutama golongan remaja .

.     Kadar penglibatan remaja dalam masalah sosial yang semakin serius ini semuanya berpunca dari beberapa faktor dalaman dan luaran, antaranya ialah:



     Sejauh manakah para guru bersedia menghadapi cabaran gejala sosial di kalangan anak murid mereka? Para guru berperanan mengawal pelajar mereka daripada melakukan gejala sosial. secara dekat para guru perlu mendampingi setiap pelajar dan memahami permasalahan mereka. Para guru harus peka dan bersikap terbuka serta sentiasa memberikan dorongan kepada pelajar mereka dan ini akan membuka ruang bagi pelajar untuk membincangkan dan berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka.

     Oleh hal yang demikian, guru memainkan peranan yang amat penting untuk memupuk nilai-nilai murni sejak awal persekolahan lagi supaya asas sistem nilai kukuh dan tidak mudah runtuh. Nilai-nilai tradisi masyarakat seperti gotong-royong, ziarah-menziarahi dan bantu-membantu perlu digalakkan dalam masyarakat moden ini.  Guru bertanggungjawab untuk mengukuhkan nilai-nilai murni bagi membentuk modal insan yang seimbang dan menyeluruh.

     Peranan guru sebagai pembimbing boleh membantu pelajar yang mengalami masalah sosial.  selain itu, kaunseling pada peringkat sekolah adalah penting untuk membantu pelajar mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka.  Program ini akan lebih bermakna sekiranya sekolah mempunyai kaunselor-kaunselor yang berkelayakan.

     Di dalam bilik darjah pula, guru perlulah menggunakan pelbagai strategi untuk menarik perhatian pelajar agar mereka berasa seronok ke sekolah dan tidak ponteng sekolah.  Penerapanan nilai -nilai melalui pelbagai program sekolah seperti kem motivasi, pembinaan berpasukan dan aktiviti sukan perlu diperbanyakan untuk membentuk personaliti dan akhlak yang baik.

     Semua usaha yang disebutkan di atas bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan tetapi memerlukan kasih sayang dan kesabaran yang amat tinggi daripada insan yang digelar guru. Masalah sosial haruslah dipandang serius oleh semua pihak kerana para remaja merupakan aset yang penting untuk pembangunan negara pada masa yang akan datang.  Justeru, semua pihak mestilah memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk menangani masalah sosial dan menerajui negara kita ke arah Wawasan 2020.